Bohong...tipu...dusta...temberang...semua perkataan ni bawa maksud yang sama...kalau tak caya aku baru je check dkt website ni..haa...ingat aku hentam keromo je ke? :P haa...ni linknye http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bohong
Secara amnya...definisi bohong ni kira tak bercakap benar...menafikan sesuatu perkara atau benda...
Ok kenapa aku tetiba rasa macam nak ulas pasal perkataan ini...looks simple right? alaa..BOHONG je kot...budak2 pon tau apa maksud dia..
Nampak macam alaa takyah la nak rajin bagi ulasan bagai...tapi hakikatnya..perkataan ni boleh membawa KEMUDARATAN ..macam-macam boleh jadi...yelah kalau tak..takkanla wujud pantun dua kerat ni
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri
Haaaa.... ingat lagi kan pantun ni..dari zaman kita kecik-kecik dulu rajin mak ayah kita cakap..cikgu-cikgu sekolah pon kerap ingatkan...so..leh nampak tak effect dari perbuatan BOHONG ni...uols rasa elok ke kita asyik nak cakap BOHONG...asyik berdolak dalik...takde rasa nak cakap JUJUR....boleh ke camtu? hmmm.....bagi aku...boleh...tapi biar beralasan konkrit dan logik...
Kalau BERBOHONG untuk kebaikan...tak salah...aku leh tunjuk kat uols ayat ni....
Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya(HR Imam Muslim)
Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.
Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).
Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sumai sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak.
Ok..so clear kan...nampak ada certain situation yang MEBOLEHKAN KITA BERBOHONG...tapi..........kalau BERBOHONG untuk nak pekena orang..nak tunjuk diri tu bagus...nak kata orang lain tak best....nak cakap kata diri dianiaya padahal takde bukti-bukti pon ...tu kira macam mana pula....haaa..LU PIKIRLAH SENDIRI...
Pada pendapat aku secara peribadilah....jangan ajar diri untuk BERBOHONG..jangan BIASAKAN DIRI UNTUK BERBOHONG dan belajarlah BERKATA JUJUR...bagi aku...tak salah jujur...memanglah benar itu amat pahit...tapi its better than lastly terkantoi..haa..time tu dah baru gelabah nak cover cite la kan....
Tak guna kalau kita asyik dok sana cite lain..sini cite lain..banyak sgt chapter BOHONG tu..kadang-kadang orang yang dok jadi tukang dengar ni actually bukan takde akal..just taknak malukan or aibkan orang yang suka CAKAP BOHONG ni...biar je & nak tengok sampai bila nak 'hanyut' dengan cite BOHONG tu....
Tak guna kalau kita asyik dok sana cite lain..sini cite lain..banyak sgt chapter BOHONG tu..kadang-kadang orang yang dok jadi tukang dengar ni actually bukan takde akal..just taknak malukan or aibkan orang yang suka CAKAP BOHONG ni...biar je & nak tengok sampai bila nak 'hanyut' dengan cite BOHONG tu....
#pleasebesincerewatieabadi
#pleasebesincereatierawatie
#pleasebesincerearianarose
#jangansukacakapbohong
#ingatAllahituada
Comments
Post a Comment